fbpx

Hubungan berakhir, tunang Anju mahu terus bersahabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANJU dan Elzey hanya kekal sebagai sahabat.

PETALING JAYA – Teka-teki status pertunangan pelakon Zarina Anjoulie dengan Datuk Seri Khazrul Elzey terjawab selepas lelaki itu memberi bayangan seolah-olah mengesahkan ikatan antara mereka sudah pun terlerai di tengah jalan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam TikTok, Khazrul mengakui dia bukanlah lelaki baik seperti yang diimpikan Zarina. Selain berharap mereka terus bersahabat, ahli perniagaan itu turut mendoakan pelakon Hantu Kuat Ketawa itu ditemukan dengan lelaki lebih baik berbanding dirinya.

“Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Papa (gelarannya untuk Zarina) tidak sebaik mana yang mama impikan. Kita berdua masih ada kekurangan.

“Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Khazrul yang berstatus duda itu turut berkongsi gambar-gambar kenangannya ketika bersama Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 35.

“Terima kasih atas cinta mama kepada papa. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya di akhirat kelak. I love you (saya sayang awak),” ujarnya.

Terdahulu, Zarina atau mesra disapa Anju membuatkan peminatnya tertanya-tanya selepas dia bertindak memadam semua gambar Khazrul dalam Instagram miliknya.

Bahkan, pelakon filem Hantu Kuat Ketawa itu turut berkongsi kapsyen ringkas memberitahu hatinya kini sedang remuk (broken).

Pada 26 Januari lalu, Zarina mendedahkan mereka sudah ‘diikat’, namun tidak berkongsi tarikh penyatuan biarpun sudah menempah baju pengantin dan cincin perkahwinan.

Difahamkan majlis pernikahan pasangan tersebut akan berlangsung pada Mac ini, malah bakal suaminya juga telah membeli rumah baharu di sebuah kawasan elit.

Sebelum ini, Zarina dan Elzey  didakwa sudah berkahwin secara rahsia selepas tampil romantis dalam media sosial dan membahasakan satu sama lain sebagai papa dan mama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI