fbpx

Gempa Turkiye: Dua pelajar, satu keluarga Malaysia selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Canseri Kedutaan Besar Malaysia yang terletak di Ankara, Turkiye. - Foto ihsan Wisma Putra

PUTRAJAYA- Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye mengesahkan belum ada lagi laporan mengenai rakyat negara ini terlibat isu gempa bumi di Turkiye awal pagi tadi.

Menurut jurucakap organisasi berkenaan, semua warga Malaysia disahkan berada dalam keadaan selamat di Gaziantep dan tidak terbabit dalam bencana alam itu.

“Alhamdulillah, di kawasan tersebut memang ada dua pelajar dan satu keluarga Malaysia yang menetap di sana, namun mereka mengesahkan masih selamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! tadi.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Dini memberitahu, gegaran teruk akibat bencana itu turut dapat dirasai dengan jelas di kebanyakan wilayah dalam Turkiye sendiri.

Katanya, sekiranya terdapat sebarang keperluan atau pun masalah, mereka boleh berhubung terus dengan mana-mana ahli jawatankuasa kebajikan Masat.

Gempa berukuran 7.8 skala Magnitud berdurasi 75 saat dilaporkan melanda barat bandar raya Gaziantep dekat sempadan Syria pada pukul 4.17 pagi (9.17 pagi waktu Malaysia).

Gegaran kedua tertinggi dalam sejarah Turkiye selepas 1939 yang berkekuatan 7.9 skala Magnitud itu turut telah mengakibatkan ancaman tsunami di perairan negara berkenaan.

Dalam pada itu, Wisma Putra memaklumkan bahawa pihak Kedutaan Besar Malaysia di Ankara masih lagi sedang memantau rapi segala perkembangan terkini gempa bumi tersebut.

Dianggarkan terdapat lebih 400 warga Malaysia bertugas di seluruh Turkiye selain hampir 500 pelajar negara ini yang masih menuntut di pelbagai institusi pengajian tinggi di sana.

Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi pihak kedutaan melalui telefon am +90 312 446 3547/48 atau kecemasan +90 534 457 1006 atau e-mel [email protected].

Sementara konsulat jeneral Malaysia di Istanbul pula boleh dihubungi melalui telefon +90 212 989 1001, +90 536 289 6788, +90 551 711 2174 atau e-mel [email protected]. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI