fbpx

Enam penoreh getah warga Myanmar dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam penoreh getah warga Myanmar ditahan di ladang berdekatan sempadan Malaysia-Thailand dalam daerah Padang Terap pada semalam.

KUALA NERANG – Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang disyaki bekerja sebagai penoreh getah secara haram pada semalam.

Menurut kenyataan 2 Divisyen, empat lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 45 tahun itu ditahan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) di sini dalam daerah Padang Terap kira-kira pukul 3 petang.

“Kesemua mereka dipercayai bekerja di ladang getah di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di sini,” katanya.

Katanya, berpandukan maklumat perisikan, pasukan melaksanakan rondaan sebelum mengesan tiga motosikal dinaiki empat lelaki dan dua wanita di kawasan ladang getah berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.

“Pasukan seterusnya menahan kesemua mereka dan pemeriksaan mendapati kumpulan warga asing terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit pekerjaan yang sah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI