fbpx

Trend baharu pengemis minta wang guna TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita warga emas mengemis secara online dengan meminta hadiah daripada para pengguna TikTok selepas mereka menyiram tubuh dengan lumpur. - TikTok

JAKARTA – Aktiviti mengemis di Indonesia kini menjalani ‘transformasi’ digital dengan sebilangan pengemis menyiarkan klip video di TikTok untuk meminta hadiah secara maya, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Platform perkongsian video itu membolehkan pencipta-pencipta kandungan dengan sekurang-kurangnya 1,000 pengikut menerima hadiah ‘sticker’ maya daripada pengikut mereka yang kemudiannya boleh ditukar kepada wang sebenar.

Satu trend popular telah menyaksikan sejumlah pengemis, terutamanya wanita warga emas dengan ada antaranya yang merayu kepada kemurahan hati pengguna TikTok supaya memberikan hadiah kepada mereka selepas mencurahkan air lumpur ke atas diri sendiri.

Ia boleh berlangsung selama berjam-jam dan cukup menguntungkan kerana populariti dalam kalangan pengguna TikTok.

Pihak pemerintah bagaimanapun bertindak keras terhadap kandungan seumpama itu dengan meminta TikTok memadamkan video-video mandi lumpur. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI