fbpx

Tiada lagi rajuk, Mas Idayu puji Sissy, Naim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pertandingan akhir Famili Duo menyaksikan perdamaian antara peserta, Sissy Imann dengan juri tetap, Mas Idayu apabila penyanyi senior itu sudah saling berinteraksi seperti biasa.

Mas Idayu bahkan melayangkan pujian terhadap Sissy dan regunya, Naim Daniel yang dikatakan menampilkan persembahan vokal terbaik berbanding tujuh minggu pertandingan sebelum ini.

“Saya jenis kalau tak suka, saya cakap tak suka. Tapi malam ini vokal kamu berdua terbaik daripada keseluruhan program.

“Memang betul pembahagian ‘part’ dan harmoni. Hanya satu minggu silap, itu yang kena nampak,” katanya selepas pasangan itu selesai mengadakan persembahan di Plaza Alam Sentral, sebentar tadi.

Pada masa sama, juri berpengalaman itu mengakui pasangan sepupu yang membawakan lagu Sumpah untuk segmen pertama kembali dengan persembahan cemerlang.

“Sebelum ini dua-dua pun bagus, minggu keenam saja ada silap. Sekarang awak ‘comeback’ dengan penuh semangat. Itu kena ada dalam pertandingan. Keseluruhan mummy sangat suka,” katanya lagi.

Mas Idayu turut memuji vokal persembahan kedua Sissy dan Naim yang disifatkan lebih bagus berbanding segmen pertama.

Selain Sissy dan Naim, malam akhir program realiti nyanyian membabitkan duo yang mempunyai pertalian keluarga itu turut menyaksikan tiga lagi pasangan finalis.

Mereka adalah adik-beradik, Ayda Jebat dan Fyna Jebat, Bella Astillah dan Wani Kayrie (sepupu) selain Zaki Yamani bersama Yamani Abdillah (adik-beradik).

Minggu lalu, Mas Idayu mendiamkan diri sewaktu persembahan pasangan duo berkenaan gara-gara Sissy menangis dipercayai terasa hati dengan teguran keras penyanyi itu pada minggu keenam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI