fbpx

Suhaimi Saad minta kahwin lagi, Ina Naim suruh beli mesin basuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaimi dan isterinya Ina Naim. - Foto media sosia

PETALING JAYA – Selepas kecoh di media sosial berkenaan selebriti kahwin lagi, bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad turut mencuba nasib dengan isterinya, Ina Naim untuk menambah seorang lagi isteri.

Baru-baru ini, Suhaimi dilihat ada memuat naik video di media sosialnya bertanya kepada Ina boleh atau tidak jika dia mahu berkahwin seorang lagi.

Bagaimanapun, belum sempat Suhaimi bertanyakan soalan, Ina terus membalas pertanyaan suaminya membeli mesin basuh dahulu jika mahu menambah isteri lagi.

Suhaimi yang pernah menggegarkan negara dengan beberapa kenyataan seperti bumi leper itu kemudiananya memuat naik satu lagi video yang mengatakan dia akan membeli mesin basuh namun isterinya berseloroh pula mahu meminta dua mesin basuh pula.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan kelakuan pasangan suami isteri itu.

“Elok juga, minta isteri lain kita minta mesin basuh, dia minta kita pun minta biar penuh mesin basuh dalam rumah,” ujar Farrah Hannan.

“Berani dia nak tambah bini, minta sekali mesin pengering baju la Ina,” kata Measarah.

“Jangan lupa minta duit belanja RM10,000 sebulan, barulah para suami ni ada akal sikit,” ujar Nadia Farrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI