fbpx

Suami bakar isteri kerana tidak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek mencurahkan minyak petrol ke atas isterinya. - Agensi

LAGOS – Polis negeri Ogun di barat daya Nigeria menahan seorang lelaki yang didakwa membakar isterinya selepas satu pertengkaran kecil, lapor Badan Penyiaran British (BBC) semalam.

Lelaki pertengahan umur itu mencurahkan minyak petrol ke atas isterinya, Olayinka Hassan yang terbakar dan cedera, menyebabkan dia dirawat di sebuah hospital.

Sementara itu, laman berita Daily Post melaporkan, suspek berusia 46 tahun itu, Azeez Hassan telah membakar isterinya kerana mangsa gagal memasak makanan untuknya.

Suspek telah ditangkap oleh polis di negeri Ogun berikutan laporan yang dibuat di ibu pejabat polis bahagian Ibogun oleh bapa isterinya.

Si bapa  memberitahu polis bahawa Azeez membakar Olayinka pada 22 Oktober tahun lalu berikutan pertengkaran kecil, menyebabkan ibu kepada seorang anak tersebut dikejarkan ke hospital di Ibadan.

Jurucakap polis Ogun, Abimbola Oyeyemi pada Jumaat lalu berkata, sepasukan anggota polis dikerahkan ke tempat kejadian tetapi suspek telah melarikan diri.

Dia bagaimanapun ditangkap polis pada 22 Januari lalu.

“Ketika disoal siasat, suspek mendakwa dia telah melarikan diri ke Republik Benin dan mengaku melakukan jenayah itu,” kata Oyeyemi. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI