fbpx

Umat Islam perlu elak terbabit ritual agama lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luqman

PUTRAJAYA – Umat Islam perlu mengelak daripada terlibat dengan aktiviti berkaitan kepercayaan dan ritual agama lain, namun pada masa sama menghormati prinsip kebebasan beragama di negara ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, umat Islam juga digesa berterus terang dengan kepercayaan dan amalan Islam dalam hubungan dengan bukan Islam.

“Umat Islam diseru untuk bertoleransi dengan kepercayaan dan amalan penganut agama-agama lain. Prinsip utamanya adalah memahami sempadan dalam interaksi antara Islam dan bukan Islam serta kewajipan berbuat baik sesama manusia.

“Dalam membina perpaduan dan masyarakat madani dalam negara ini, prinsip ini perlu difahami dengan sebaiknya,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Luqman berkata, Islam mengajar penganutnya supaya saling berhubung sesama manusia atas nama kemanusiaan dengan cara baik, mesra dan tolong menolong.

“Akidah adalah suatu pegangan dan prinsip yang tidak boleh ditoleransikan dalam apa-apa bentuk yang membawa makna meredai sesuatu kepercayaan lain selain akidah tauhid.

“Ini tidak bermaksud menghalang berbuat baik dan saling menghormati sesama manusia tanpa mengira pegangan dan kepercayaan yang menjadi perkara asas dalam ajaran Islam,” jelasnya.

Semalam, kerajaan Johor memutuskan untuk mewartakan Fatwa Orang Islam Hadir Ke Upacara Ritual Perayaan Penganut Agama Bukan Islam dalam masa terdekat bagi membolehkan umat Islam di Johor mempunyai garis panduan sebelum menyertai majlis perayaan agama bukan Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI