fbpx

Tekan minyak kerana takut ditahan khayal dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video sebuah kenderaan melarikan diri daripada polis di Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Dua lelaki yang sedang khayal dadah nekad melarikan diri dengan memecut kenderaan jenis Vokswagen Jetta kerana takut ditahan polis di Jalan Datin Halimah di sini pukul 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tindakan suspek menyebabkan anggota polis yang sedang membuat Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) di lokasi berkenaan segera mengejar suspek.

“Polis mengesahkan kejadian mengejar itu semalam, selepas menerima laporan berkaitan kejadian daripada seorang anggota cawangan kereta peronda (MPV) IPD Johor Bahru.

“Ketika itu anggota terbabit melihat sebuah kereta jenis Vokswagen Jetta dalam keadaan mencurigakan dan semasa mengarahkan kereta itu berhenti bagi tujuan pemeriksaan, suspek terus bertindak memecut laju dan melarikan diri.

“Anggota terbabit meminta bantuan bilik gerakan IPD JBS dan tiga kereta peronda MPV yang sedang bertugas membantu menahan suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Raub, insiden mengejar itu berterusan sehingga ke tempat letak kereta sebuah apartmen di Taman Damansara Alif dan seorang suspek lelaki tempatan berusia 28 tahun berjaya ditangkap, manakala rakannya berusia 20 tahun dapat melarikan diri.

Kata beliau, polis merampas sebilah parang, tukul, batang besi, batang kayu, topi keledar serta kereta Volkswagen Jetta dan hasil soal siasat mendapati kedua-dua suspek melarikan diri kerana berada dibawah pengaruh dadah.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek terbabit dalam satu kes jenayah dan satu kes dadah. Ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah methaphetamine. Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Isnin depan.

“Polis sedang mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas. Kes disiasat dibawah Seksyen 186 kanun keseksaan, seksyen 6 (1) Akta Bahan Hakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 kerana memandu secara melulu dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI