fbpx

Peniaga asing KL beri alasan lesen pada isteri di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan pegawai DBKL berdialog dalam bahasa Arab ketika membuat pemeriksaan di kios peniaga asing sekitar ibu kota.

PETALING JAYA – Tular rakaman memaparkan beberapa pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang membuat pemantauan terhadap peniaga di sekitar ibu negara.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila salah seorang pegawai tersebut berdialog dalam bahasa Arab bersama peniaga warga asing bagi meminta lesen perniagaan.

“Mana lesen awak, lesen restoran satu, lesen kios satu, ia tak sama.

“Kalau tak ada lesen kios kami, kami akan angkut kios berniaga ini, kalau ada tak ada masalah untu berniaga,” kata pegawai tersebut.

Bagaimanapun, peniaga warga asing berkenaan tampil memberi alasan mengatakan lesennya berada pada isterinya di rumah.

Kemudian, apabila disoal mengenai status kerakyatan isteri peniaga tersebut, dia memaklumkan wanita itu merupakan warganegara Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji kehebatan pegawai DBKL bercakap dalam bahasa Arab dengan fasih.

“Bagus pegawai DBKL ini, hebat, sepatutnya memang semua pihak berkuasa kena tahu banyak bahasa asing supaya mudah untuk berurusan dengan golongan pendatang ini,” kata Syukri Ali.

“Kata isteri orang Malaysia, tak akan cakap bahasa Melayu pun tak reti, tak faham, takut alasan sahaja nak lepas dari pihak berkuasa,” perli Syafiq.

“Kalau di KL ni, rata-rata peniaga semua warga asing, bila ditanya macam mana boleh buka kedai dan berniaga, sebab isteri atau suami orang Malaysia, pihak berkuasa perlu selidik mereka ini, takut ada yang ambil kesempatan meniaga secara haram,” saran Aisyah Sabdhi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI