fbpx

Tujuh orang ‘terperangkap’ di Pusat Haemodialisis Zakat Nibong Tebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
7 mangsa dikatakan sedang terperangkap di Pusat Haemodialisis Zakat Nibong Tebal ketika ini.

PETALING JAYA – Seorang pengguna Facebook, Hafizah Mat Rosli meminta bantuan orang ramai untuk mengeluarkan dia dan enam mangsa lagi yang terperangkap di dalam Pusat Haemodialisis Zakat Nibong Tebal ekoran paras air banjir semakin meninggi sehingga menghalang laluan mereka untuk keluar.

“Boleh tahu siapa-siapa atau pihak mana-mana yang boleh bantu kami terperangkap dalam Pusat Haemodialisis Zakat Nibong Tebal. Ada tujuh orang,” tulisnya dalam satu hantaran yang turut dikongsi di kumpulan Facebook, Penduduk Jawi, Penang.

Menurut individu itu, pusat dialisis tersebut berada sebaris dengan Pejabat UNNO.

Katanya, terdapat seorang pesakit yang menggunakan kerusi roda turut berada bersama mereka.

Hantaran tersebut dimuat naik sekitar pukul 9.30 malam tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI