fbpx

‘Rider’ tuntut kaji perluasan kawasan hantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bryan Ng Yih Miin bersama lebih 50 penghantar makanan menghantarkan memorandum kepada syarikat penghantar makanan di Southgate Commercial Centre, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – “Dulu seminggu peroleh RM1,000, sekarang nak dapat RM1,000 susah kesan pengurangan kadar upah dan perluasan zon menghantar makanan”

Demikian luahan penghantar makanan yang ingin dikenali Hakimi, 20 tahun antara lebih 50 penghantar makanan bermotosikal yang hadir menyerahkan memorandum bantahan secara aman kepada sebuah syarikat penghantar makanan di Southgate Commercial Centre , Jalan Dua Off Jalan Chan Sow Lin, di sini , hari ini.

Dia yang sudah berkhidmatan selama tiga tahun berkata, perluasan kawasan bagi menghantar makanan yang bermula sejak Isnin lalu tidak adil untuk pihaknya walaupun diberi alasan masih di peringkat percubaan selama dua minggu.

“Sebelum ini, dalam masa satu jam kami mampu menghantar lebih empat pesanan. Perluasan kawasan ini menjadikan kami memakan masa satu jam untuk satu pesanan.

“Suasana dilihat sangat kucar kacir apabila kami perlu ke kawasan penghantar makanan yang lain dan mereka masuk ke kawasan kami,” katanya ketika ditemui pemberita.

Ditanya mengapa tidak membatalkan pesanan yang jauh itu, dia menyatakan bahawa akan memberi kesan buruk terhadap pangkatnya serta kadar bayaran yang diperolehnya sekarang.

“Buat pemegang pangkat satu dan dua, upah yang kami terima sekarang dikira cukup makan terutamanya yang bekerja sepenuh masa, kalau batalkan pesanan dengan kerap akan jatuhkan pangkat kepada tiga dan empat membuatkan upah berkurangan.

“Sebelum ini pendapatan sekitar RM1000 seminggu belum ditolak servis motorsikal dan perbelanjaan lain, sekarang nak capai RM1000 sangat susah,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi P-hailing Task Force, Bryan Ng Yih Miin berkata, proses penghantaran memorandum berjalan dengan lancar dan perbincangan lebih satu jam bersama pihak syarikat penghantar makanan itu memuaskan.

“Perbincangan meliputi kawasan penghantaran yang diperluaskan di kawasan Petaling Jaya, Kota Damansara dan Ara Damansara yang mengakibatkan ramai penghantar makanan tidak berpuas hati kerana upah tidak setimpal.

“Pihak mereka turut memberi jaminan pihaknya akan meneliti segala isu yang diutarakan dalam mesyuarat tadi dan akan berhubung semula dalam masa seminggu akan datang.

“Pihak mereka turut berterima kasih kerana terlepas pandang akan kesulitan yang dihadapi ekoran kesan pelaksanaan jarak pengambilan barang tempahan pelanggan yang jauh dan kadar upah tidak setimpal,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI