fbpx

Pertumbuhan pinjaman 4-4.5%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kenanga Research menjangkakan pertumbuhan pinjaman tahun ini bakal menyaksikan sedikit penyederhanaan kepada empat hingga 4.5 peratus, selari dengan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)nya pada 4.3 peratus.

Jelasnya dalam nota penyelidikan yang diterbitkan semalam, pertumbuhan pinjaman industri bagi tahun 2022 dijangka ditutup pada 5.5 hingga enam peratus, selepas menyaksikan prestasi November 2022 yang lebih lemah.

“Menggantikan kemungkinan tekanan kemelesetan akan menyekat pengeluaran ekonomi secara keseluruhan ialah kadar faedah tinggi yang bakal diterjemahkan kepada permintaan kredit lebih ketat.

“Kami juga terkejut dengan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Januari lalu, yang boleh menjadi petunjuk bahawa isyarat inflasi berkemungkinan lebih buruk berbanding jangkaan,” katanya.

Menurut Kenanga, walaupun penutupan yang sihat boleh mengurangkan kebimbangan dalam sektor perbankan, pihak­nya masih percaya ketidaktentuan semasa dalam risiko kemelesetan ekonomi masih boleh menjejaskan prospek jangka panjang.

Pada masa sama, pihaknya menjangkakan sektor perbankan tidak akan terjejas secara drastik berbanding sektor lain memendangkan pendedahan industri terhadap pelbagai ujian tekanan yang berterusan bagi mengukuhkan kesiapsiagaan.

“Dalam jangka sederhana, sekiranya situasi makro tidak menjadi lebih buruk berbanding jangkaan, kita sepatutnya dapat melihat pertumbuhan pendapatan kukuh daripada kelonggaran keperluan peruntukan dengan kemungkinan masuk kira semula meningkatkan lagi pendapatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI