fbpx

Pengurus Liga Fantasi perlu bijak pilih pemain United, Newcatsle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIPS untuk para pengurus Liga Fantasi menyediakan pasukan sebelum sepak mula awal pagi esok.

BINTANG Manchester City, Newcastle United dan Manchester United dijangka menjadi pilihan kebanyakan pengurus untuk cuba mengatur perancangan terbaik bagi Fantasi Liga Perdana Inggeris (FPL) Minggu ke-22.

Setiap pasukan sudah mengharungi rehat sekurang-kurang­nya seminggu dan tempoh itu pasti membuka peluang kepada setiap pengurus kelab melakukan tambah baik taktikal.

Dengan beberapa pasukan mempamerkan prestasi lebih konsisten, ia mungkin memudahkan setiap pengurus pasukan Liga Fantasi Kosmo! membuat pilihan pemain dan langkah memilih pemain dari kelompok empat teratas sebagai jalan mudah meraih mata terbanyak.

United dan Leeds akan bermain dua kali minggu ini wajar dimanfaatkan, sekurang-kurangnya pemain pilihan ada peluang untuk perbaiki prestasi.

Kosmo! kali ini berkongsi beberapa tips bagi membolehkan para pengurus FPL melakukan pemilihan terbaik bagi memastikan pasukan masing-masing mampu kutip mata sebanyak mungkin.

PENJAGA GOL
DAVID DE GEA sudah memainkan peranan besar kepada United sejak akhir-akhir ini dan bintang Sepanyol itu dijangka terus konsisten setiap kali ketangkasannya ditagih oleh pasukan.

DE GEA

PERTAHANAN
WILLIAM SALIBA berpeluang untuk memastikan pertahanan Arsenal kekal tanpa bolos memandangkan Everton dihimpit masalah prestasi dan kutipan mata bonus mampu melonjakkan pemain ini jika menang.

SALIBA

TENGAH
MARCUS RASHFORD terbukti memiliki naluri penjaring gol buat Red Devils dan dua perlawanan bakal diharungi United sepanjang Minggu ke-22 wajar dimanfaatkan sebaik mungkin.

RASHFORD

PENYERANG
ERLING HAALAND memberikan pilihan mudah buat pengurus kerana kualitinya menjadi taruhan pemain fantasi bagi mendapatkan mata maksimum.

HAALAND

KAPTEN
KIERAN TRIPPIER terbukti mampu memimpin Newcastle muncul pasukan bolos paling sedikit dan prestasi cemerlang akan terus mampu dikekalkan pada pertemuan dengan West Ham.

TRIPPIER

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI