fbpx

Kampung People ‘jodohkan’ Rashidi Ishak, Wan Hasliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHIDI ISHAK kini suami kepada pengarah drama Kampong People, Wan Hasliza.

PETALING JAYA – Selepas empat tahun menduda, pelakon Rashidi Ishak mengesahkan kembali bergelar suami kepada pengarah terkenal, Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Berkongsi berita gembira tersebut, bintang drama Kampung People itu berkata, perancangan untuk mendirikan rumah tangga telah dilakukan sejak tiga bulan lalu.

“Pots (panggilan untuk Wan Hasliza) jom kahwin. Nak kahwin tak? Nak!!!

“Tiga bulan kemudian iaitu pada 2.2.2023. Rashidi Ishak dan Wan Hasliza Wan Zainuddin,” tulis dalam satu entri Instagram hari ini.

Rashidi juga bersyukur penyatuan cintanya bersama Wan Hasliza yang juga pengarah dan penulis idea asal siri Kampung People direstui banyak pihak.

“Kami ingin berterima kasih kepada ayah dan ibu, adik beradik, seluruh keluarga dan rakan-rakan semua di atas doa dan restu penyatuan ini.

“Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang hadir, kami amat menghargainya,” ujarnya.

Paling manis, Rashidi turut memuat naik sebuah foto berserta kapsyen yang menggelar Wan Hasliza dengan status Puan.

“Hai Puan Wan Hasliza (diikuti dengan emoji berbentuk hati merah),” ujarnya lagi.

Semalam, foto perkahwinan mereka tular selepas seorang jurusolek dikenali Mas Hashim berkongsi momen bahagia tersebut dalam media sosial.

Majlis perkahwinan mereka berlangsung di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Siliau, Negeri Sembilan, semalam.

Terdahulu, Rashidi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua anak, Mikhail Imran, 22, dan Maryam Rashika, 19.

Bagaimanapun, selepas 23 tahun berkahwin, Rashidi dan Vanidah memilih untuk membawa haluan masing-masing apabila bercerai pada 9 Ogos 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI