fbpx

Isteri tertekan, suami ajak hubungan intim guna panggilan video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa tertekan apabila sering diminta untuk melakukan hubungan intim oleh suaminya meskipun dalam keadaan yang penat.

Lebih sensara, apabila si suami langsung tidak mempedulikan keadaan sekeliling malah turut memaksa wanita itu melayan nafsunya ketika waktu bekerja menerusi panggilan video.

Tangkap layar luahan si isteri menerusi kiriman mesej di WhatsApp kepada seseorang

“Saya dah berkahwin setahun lebih dan kami berkenalan hampir lapan tahun. Suami selalu pesan kalau ada masalah jangan cerita dekat orang termasuk keluarga.

“Tetapi, sekarang saya perlu meminta pendapat orang lain,” luahnya menerusi kiriman mesej di WhatsApp kepada seseorang.

Menurut ibu kepada seorang anak itu, dia mempersoalkan adakah normal jika pasangan itu melakukan hubungan intim secara dalam talian.

“Kadang-kadang dekat tempat kerja, dia tiba-tiba ghairah dan dia akan minta buat video call (panggilan video) untuk layan dia. Jadi saya terpaksa curi-curi pergi tandas dan layankan kemahuan suami.

“Saya pernah cakap pada suami benda ini, tapi lelaki kan. Dia kata dia kena lepaskan juga kalau tidak tak boleh nak kerja.

“Saya nak tanya, normalkah benda ini?,” soalnya kepada individu tersebut.

Luahan wanita tersebut turut dikongsikan di media sosial, sehingga ramai yang mengecam tindakan si suami kerana tidak tahu menghormati isterinya selain mengganggu wanita itu ketika bekerja.

“Sememangnya tidak normal. Lelaki tersebut tidak tahu hormati isterinya. Nafsu ini boleh dikawal, melainkan dia sendiri sering menonton atau membaca sesuatu yang menjurus kepada kerangsangan dan keghairahan seorang lelaki,” ciap seorang pengguna bagi menjawab pertanyaan wanita tersebut.

Sementara itu, Azrul Yamin meminta wanita itu membawa suaminya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

“Jangan fikir bukan-bukan dahulu, mungkin suami awak ada masalah atau penyakit, dapatkan khidmat dan nasihat doktor, takut makin teruk nanti,” pesannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI