fbpx

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA itu cuba menanggalkan lintah yang melekat pada hidungnya. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita terkejut apabila mendapati seekor lintah melekat pada hidungnya selepas membuka pelitup muka, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @infomdr.   

Berdasarkan video tersebut, wanita itu kelihatan cuba untuk merakam swafoto bersama rakannya. 

Setelah membuka pelitup muka, dia terkejut apabila mendapati seekor litah melekat pada hidungnya. 

Wanita itu kemudian cuba menanggalkan lintah berkenaan. Kedua-dua mereka ketawa kerana menganggap kejadian itu melucukan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya bayangkan lintah sahaja menakutkan, lebih-lebih lagi apabila ia melekat pada badan,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI