fbpx

‘Sophia manja, lemah lembut, memang mudah jatuh hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERNAH bekerjasama dalam sebuah drama, Aeril tidak menafikan peribadi Sophia lembut dan manja.

PETALING JAYA – “Bagi saya dia (Sophia AlBarakbah) baik. Lemah lembut. Karakternya manja. Mungkin ada yang senang jatuh hati.”

Demikian pandangan yang dikongsikan oleh aktor Aeril Zafrel tentang pelakon yang sedang mencetuskan kontroversi, Sophia AlBarakbah apabila mereka pernah bergandingan dalam sebuah drama sebelum ini.

Aeril berpendapat, Sophia memiliki pesona yang boleh membuatkan mana-mana lelaki mudah jatuh hati kerana pembawaan dirinya yang manja dan lemah lembut.

“Itu pendapat saya. Tapi saya anggap Sophia sebagai kawan sahaja. Sepanjang saya pernah bergandingan dengannya, untuk orang yang mudah jatuh hati, memang akan tertarik dengan Sophia,” kata Aeril kepada Kosmo! Online.

Menyentuh tentang isu kecurangan, Aeril atau nama lengkapnya Suhairil Sunari, 35, berkata, perkara tersebut boleh berlaku di mana-mana dan bukan sahaja dalam media sosial.

Bagaimanapun katanya, perbuatan tersebut bergantung pada sikap seseorang individu itu sendiri.

“Kalau nak curang, dalam aplikasi Waze pun boleh. Tak perlu media sosial lain. Semuanya bergantung pada individu itu sendiri.

“Tapi bukan untuk saya. Saya tidak boleh buat begitu (curang). Bukan sebab isteri (Wawa) sahaja, tetapi sebab saya juga perlu menjaga nama dan imej,” katanya.

Sewaktu ditanya tentang perasaannya apabila sering dilabelkan sebagai ‘suami contoh’, Aeril berkata, gelaran tersebut membuatkan dirinya perlu lebih berhati-hati dan menjaga nama baik sendiri.

Kata bapa kepada empat orang cahaya mata itu lagi, gelaran tersebut turut menjadi pemangkin untuk dirinya terus setia bersama isteri, Wawa Zainal.

“Sebenarnya bila orang sudah letakkan saya di kedudukan sebegitu, saya perlu lebih berhati-hati. Itu antara pemangkin untuk saya terus setia.

“Tapi godaan itu tetap ada. Cuma terpulanglah pada kita untuk melayan godaan itu atau tidak. Wawa percaya dengan saya. Jadi saya tidak boleh hancurkan kepercayaan itu,” jelasnya.

Pada masa sama, Aeril turut mendedahkan tiada rahsia antara dia dan juga isteri apabila wanita itu dibenarkan memegang dan memeriksa media sosial miliknya termasuk perbualan dalam WhatsApp.

“Saya dengan Wawa ‘telus’. Dia boleh pegang telefon bimbit saya dan periksa media sosial termasuk WhatsApp,” kata Aeril.

Dalam perkembangan lain, Aeril bakal muncul dalam sebuah drama berjudul Serpihan Sayang dengan membawakan watak lelaki psiko bersama aktres, Fasha Sandha.

Drama terbitan Padi Pictures Sdn. Bhd. tersebut akan mengisi slot Samarinda di TV3 yang turut menampilkan lakonan Shahz Jaszle, Elisya Sandha dan Zarina Zainoordin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI