fbpx

Sesiapa sahaja boleh namakan bakal MB Selangor – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tiga kanan depan) bersama peserta #Produkkampung4u di bangunan SUK Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Sistem demokrasi tidak pernah menghalang mana-mana parti untuk menamakan siapa bakal Menteri Besar Selangor yang baharu daripada parti mereka.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sebagai seorang pemimpin politik, kesemua ahli politik perlu melalui proses pilihan raya bagi mendapat mandat menjadi kerajaan.

“Ini negara demokratik. Dia(Perikatan Nasional) berhak mencadangkan sesiapa (sebagai Menteri Besar Selangor) yang dirasakan sesuai. Atas dasar atau polisi, konsistensi dasar Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukan dibuat oleh individu.

“Sebelum ini polisi kita berjalan semasa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ditukar Mohamed Azmin dan kini saya kita konsisten dengan dasar yang kita laksanakan.

“Jika mereka percaya kepada faktor individu terserahlah, sebab kita percaya dengan pendekatan kita,”katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran #Produkkampung4u di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan mencalonkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor jika berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Ketika mengulas dakwaan jawatan Menteri Besar Selangor akan beralih kepada Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang ketika ini merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Amirudin menegaskan semuanya akan terjawab selepas PRN berakhir.

“Siapa sahaja yang menjadi Menteri Besar Selangor, kita ‘perang’ (PRN) dahulu. Biar kita menang dahulu kerana jawatan tersebut tertakluk kepada perbincangan antara parti selepas PRN,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI