fbpx

Salji runtuh di Kashmir, 2 pelancong maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Runtuhan salji mungkin kelihatan tidak berbahaya namun sekiranya seseorang terperangkap, mereka tidak dapat menggerakkan anggota badan kerana berat ais akan menjadi ratusan tan. – NDTV

JAMMU KASHMIR – Insiden runtuhan salji berlaku di puncak Gunung Afarwat di Kashmir, India, sehari selepas Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Jammu Kashmir (JKDMA) mengeluarkan amaran mengenai bencana  itu, lapor laman berita Wion News semalam.

Mayat dua mangsa dari Poland yang terbunuh dalam insiden itu ditemui di sebalik runtuhan salji manakala 18 pelancong (lapan dari Russia, 10 Poland) telah diselamatkan, kata beberapa pegawai.

Pegawai-pegawai yang memantau operasi menyelamat berkata, sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu, satu operasi besar-besaran dilancarkan di lokasi kejadian, di mana mayat dua individu telah ditemui.

“Runtuhan salji berlaku di puncak Afarwat #HapathKhud di sebuah resort ski di #Gulmarg. Operasi menyelamat telah dilancarkan oleh Polis #Baramulla bersama-sama agensi-agensi lain.

“Beberapa laporan menyebut bahawa  pemain ski yang terperangkap sedang dibantu. Maklumat lanjut akan menyusul,” demikian menurut kenyataan Polis Baramulla sejurus selepas insiden itu berlaku.

JKDMA menerusi amaran yang dikeluarkan sehari sebelum insiden itu berkata: “Runtuhan salji dengan tahap bahaya sederhana berkemungkinan berlaku di kawasan melebihi 1,800 hingga 2,400 meter di sekitar daerah Bandipore, Baramulla, Ganderbal, Kupwara, Kulgam, Poonch dan Reasi dalam tempoh 24 jam.

“Mereka yang tinggal di kawasan-kawasan ini dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan elakkan berada di kawasan yang terdedah kepada runtuhan salji.” 

Runtuhan salji mungkin kelihatan tidak berbahaya namun sekiranya seseorang terperangkap, mereka tidak dapat menggerakkan anggota badan kerana berat ais akan menjadi ratusan tan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI