fbpx

PN dedah Kabinet bayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kanan) bersama Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin menunjukkan Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat PN Parlimen Malaysia ke-15 selepas sidang akhbar di Tamu Hotel & Suites di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan barisan Kabinet bayangan mereka yang akan bertindak sebagai pembangkang di Parlimen.

Pengumuman itu dibuat selepas PN bersetuju dengan cadangan Sekretariat Ahli Parlimen PN diwujudkan Jawatankuasa Portfolio Ahli Parlimen.

“PN mahu menjadi sebuah pembangkang berkesan yang bertanggungjawab seperti kita janjikan sebelumn ini, kita telah adakan beberapa sesi taklimat kepada semua Ahli Parlimen tentang tugas serta tanggungjawab mereka.

“Jawatankuasa Portfolio pembangkang ini diberikan kepada Ahli Parlimen kita yang ada kemahiran dan pengalaman dalam kerajaan serta latar belakang yang lalu dalam bidang masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar selepas penutupan Pemukiman Ahli Parlimen PN, di sini hari ini.

Berdasarkan poster Jawatankuasa Portfolio itu, Muhyiddin dinamakan sebagai Ketua Ahli Parlimen manakala timbalannya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetahui Portfolio untuk Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

“Dalam konteks negara terutama dari segi ekonmomi dan isu lain kita juga telah menjelaskan masalah geopolitik global dan bagaimana kesan kepada negara kita supaya Ahli Parlimen PN bukan terbatas mengetahui masalah tempatan atau masalah dalam negara sahaja tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Supaya kita akan dilihat sebagai Ahli Parlimen pembangkang berkesan, demikian juga PN ini agak baru, jadi orang mahu bertanya apakah DNA PN,” katanya.

Muhyiddin berkata, PN juga akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan serta polisi tentang perkara berkaitan ekonomi, pendirian serta dasar pendidikan supaya rakyat tahu dengan lebih jelas matlamat parti itu.

“Kita bersedia memikul amanah lebih besar kalau rakyat beri mandat mentadbir negara. Antara perkara induk kita setuju ialah untuk kita meuar-uarkan secara berterusan apa kita telah putuskan oleh parti dan kerajaan sebelum ini iaitu dasar kemakmuran bersama.

“Ini telah kita putuskan sejak dulu dan hari ini kita ulang semula akan jadikan dasar teras pembangunan negara pada masa akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI