fbpx

Perluaskan Menu Rahmah, bantu rakyat jimat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membeli Menu Rahmah yang ditawarkan pada harga RM5 bagi satu hidangan di Pasar Raya Mydin Subang Jaya semalam. – SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan menyediakan Menu Rahmah perlu diperluas dan dikekalkan kerana langkah itu bukan sahaja mengurangkan beban rakyat, malah turut membantu mereka berjimat.

Ramlah Hussin, 67, berkata, Menu Rahmah merupakan satu set makanan yang lengkap sumber karbohidrat serta protein dengan harga yang sangat berbaloi kepada golongan memerlukan.

“Saya beli Menu Rahmah de­ngan set makanan seperti nasi, ayam goreng dan sayur serta air minuman pada harga RM5 adalah sangat berbaloi.

“Selalu sekali makan untuk dua orang mencecah RM20, tetapi pada hari ini saya bungkus dua makanan dari Menu Rahmah pada harga RM10 ia sangat menjimatkan,” katanya ketika ditemui semalam.

Dia juga berharap agar inisiatif itu terus kekal dan bukan sementara dilaksanakan kerajaan.

Menurut seorang pengawal keselamatan, R. Rambinay, 32, pula, dia mampu menjimatkan separuh perbelanjaan makannya ketika bekerja daripada RM30 kepada RM15 sehari.

“Saya mempunyai tanggungan dua anak dan gaji sekitar RM1,750 sebulan, makan pagi hingga malam sahaja sudah berapa banyak habis, ditambah dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil banyak menggunakan duit.

“Tetapi bila kerajaan perkenal menu ini, saya dapat jimat banyak hampir separuh perbelanjaan makanan saya sehari,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pe­ngusaha Restoran ­Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, sebanyak 20 sehingga 30 peratus pemilik restoran bawah persatuan berkenaan telah melaksanakan inisiatif Menu Rahmah tersebut.

“Sekarang ini kami sedang menunggu poster standard yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdaganangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk Menu Rahmah.

“Buat masa ini di restoran bawah kendalian saya (Restoran Ali Maju) kami buat sendiri (poster) dengan dua menu yang ditawarkan iaitu nasi, ikan go­reng, sayur dan air atau nasi, ayam goreng, sayur berserta air,” katanya.

Ditanya sama ada ia menguntungkan atau sebaliknya beliau berkata, sejujurnya ia tidak menguntungkan, namun ini dianggap sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu memulangkan semula kepada mereka yang memerlukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI