fbpx

Makmal erimin 5 terbongkar, dadah RM6.38 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anbalagan (kanan) menunjukkan hasil rampasan pelbagai jenis dadah ketika sidang media kejayaan tangkapan sindiket dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, hari ini. - FOTO/ FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

SERDANG – Pelbagai jenis dadah bernilai RM6.36 juta dirampas selepas kegiatan seorang lelaki dipercayai tukang proses dadah dihidu pihak polis dalam serbuan yang dilakukan di sebuah kilang di Seri Kembangan, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, A A Anbalagan berkata, bertindak di atas maklumat pengedaran dadah, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Serdang berjaya menahan seorang lelaki di lokasi ketika serbuan.

Katanya, suspek yang berusia 44 tahun itu turut mempunyai kesalahan lampau melibatkan dadah namun ujian air kencingnya negatif dadah.

“Hasil serbuan turut merampas MDMA seberat 123 kilogram (kg), syabu (0.5 kg), 18 botol berisi serbuk dadah (301 gram), (21) pil ekstasi, ganja (13.8 gram) dan tiga buah mesin memproses dadah.

“Nilai rampasan keseluruhannya berjumlah sekitar RM6.38 juta dan dadah yang dirampas dipercayai untuk dipasarkan sekitar Lembah Klang.

“Tindakan sita turut dibuat terhadap sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dan sebuah van Nissan jenis NV200 bernilai RM170,000 beserta wang tunai RM10,000,” katanya dalam sidang media di IPD Serdang, di sini hari ini.

Menurut Anbalagan, premis tersebut dipercayai disewakan suspek di bawah nama syarikat lain untuk mengaburi dikesan pihak berkuasa dan suspek disyaki terlibat aktif dalam memproses dadah selama setahun.

Melalui perniagaan tersebut, suspek dipercayai berjaya memperoleh RM10,000 hingga RM15,000 dalam tempoh seminggu bagi 50,000 biji pil erimin diprosesnya.

“Kami percaya masih ada lagi rakan suspek yang bebas mengusahakan sindiket ini.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga esok di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI