fbpx

LUAS berjaya elak tumpahan minyak masuk LRA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota LUAS meletakkan habuk kayu bagi kawal pencemaran diesel.

SHAH ALAM – Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengelakkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) susulan tumpahan minyak diesel dan hidraulik ekoran kemalangan treler di Kilometer (km) 371.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, tengah malam tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah malam dengan treler tersebut terbabas ke dalam parit lebuh raya tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, LUAS telah segera ke lokasi bagi bersama-sama membantu pihak berwajib melaksanakan segera tindakan mitigasi sebaik menerima maklumat berhubung kemalangan itu.

Katanya, berdasarkan semakan jajaran, bahan cemar tersebut akan memasuki kawasan Selangor iaitu Sungai Bernam melalui Sungai Trolak di Perak.

“Ini berpotensi menyebabkan gangguan kepada LRA Bernam River Headworks (BRH) yang berada kira-kira 22.7km di hilir lokasi kemalangan dengan tempoh masa aliran untuk sampai sekitar 15 jam.

“Semakan juga mendapati terdapat empat daripada lapan tong minyak hidraulik yang dibawa oleh treler terlibat telah pecah dan diikuti tumpahan minyak diesel daripada treler berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, tindakan pencegahan awal telah dilaksanakan oleh pihak PLUS dengan meletakkan habuk kayu di permukaan jalan tumpahan bagi penyerapan minyak.

Tambahnya, semakan lanjut LUAS mendapati tiada aliran minyak masuk ke longkang lebuh raya dan tiada sebarang aliran tercemar melepasi aliran longkang serta sungai berhampiran. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI