IMPAK fenomena naskhah The Glory, kisah di belakang tabir penggambaran siri berkenaan kini menjadi perhatian umum.
Dalam drama tersebut, karakter Park Yeon-ji lakonan Lim Ji-yeon yang gemar merokok menjadi tanda tanya ramai, adakah babak tersebut dilakukan tanpa sebarang bantuan teknik kamera.
Ji-yeon juga dilihat mempunyai kehandalan bertarung sebagai watak antagonis utama.
Seorang bekas wartawan hiburan Korea Selatan, Lee Jin-ho menyoalkan kepada kenalan Ji-yeon, sama ada pelakon itu benar-benar seorang perokok.
Menurut sumber, pelakon berusia 39 tahun itu belajar untuk menggunakan rokok supaya kelihatan semula jadi.
“Seperti yang anda lihat, semangat Ji-yeon. Dia memang menggunakan rokok sebenar. Dia mahu kelihatan natural semata-mata untuk menjayakan watak tersebut,” ujar sumber.