fbpx

Lelaki kurang siuman mengamuk, pecahkan cermin MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video suspek yang ditahan selepas mengamuk dan mengganggu pengguna jalan raya di Simpang Jeram Pasu-Telipot, Padang Pak Amat dekat Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman ditahan oleh orang ramai selepas mengamuk dan mengganggu pengguna jalan raya di Simpang Jeram Pasu-Telipot, Padang Pak Amat, di sini hari ini.

Lelaki berusia 49 tahun itu pada awalnya bertindak menyerang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum menaiki sebuah lori ais kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan kejadian seorang lelaki bertindak agresif sebelum terus bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sepasukan anggota polis yang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi mendapati lelaki itu telah diberkas oleh orang awam.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini untuk siasatan lanjut. Siasatan mendapati lelaki berkenaan mempunyai masalah mental.

“Semakan lanjut mendapati terdapat beberapa versi video berkait kejadian itu telah tular di media sosial. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video seorang lelaki memegang senjata mengamuk dan merosakan sebuah MPV yang melalui Simpang Jeram Pasu-Telipot, Padang Pak Amat di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI