fbpx

Jumlah motosikal rakyat Malaysia ke-4 terbanyak di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Malaysia berada pada tangga keempat penggunaan terbanyak motosikal di dunia apabila mencatatkan 83 peratus isi rumah memiliki kenderaan tersebut.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Pew Research Center, negara pertama yang mempunyai pengguna motosikal terbanyak adalah Thailand.

Thailand berada di tangga pertama apabila mencatatkan 87 peratus daripada jumlah penduduknya memiliki kenderaan dua roda itu.

Kajian yang dilakukan Pew Research Center.

Negara kedua adalah Vietnam apabila mencatatkan 86 peratus daripada jumlah penduduk negara itu memiliki motosikal.

Sementara itu, Indonesia yang mempunyai kepadatan penduduk seramai hampir 300 juta orang itu berada pada tangga ketiga apabila mencatatkan 85 peratus daripada jumlah tersebut memiliki motosikal.

Walaupun antara negara terbesar di dunia dengan kepadatan 1.4 bilion rakyat, China berada di bawah Malaysia iaitu di tangga kelima apabila mencatatkan 60 peratus isi rumah mempunyai motosikal di negara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI