fbpx

Jajaran pelabuhan di Selangor akan seluas Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika melakukan gimik pelancaran #Produkkampung4u di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Pelabuhan di Selangor dijangka akan seluas saiz Singapura sekiranya Pulau Carey direalisasikan menjadi pelabuhan ketiga di negeri ini.

Ini selepas jajaran itu mengambil kira penyambungan pelabuhan Pulau Carey tersebut bersama Pelabuhan Barat dan Utara yang sedia ada.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kewujudan pelabuhan Pulau Carey itu kelak akan meningkatkan nilai tambah dan keupayaan yang lebih tinggi industri pelabuhan di Selangor.

“Kerajaan negeri telah menunggu lama selama dua (atau) tiga tahun untuk projek pelabuhan tersebut menjadi kenyataan. Segala pandangan daripada pelbagai pihak telah diterima.

“Secara pelan besarnya, kita menyahut untuk sama-sama menjayakan sasaran yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan. (Iaitu) melengkapkan dan memperkukuhkan industri pelabuhan kita, seterusnya bersaing di peringkat dunia,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan #Produkkampung4u di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan Pulau Carey dijangka menjadi pelabuhan antarabangsa ketiga di Selangor selepas Pelabuhan Utara dan Barat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kajian berhubungnya telah dilakukan selama dua tahun sejak 2019 oleh Lembaga Pelabuhan Klang dan satu kertas memorandum akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk diputuskan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI