fbpx

Dua cedera langgar pagar tadika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta mangsa yang terbalik melanggar pagar tadika itu di Kampung Sungai Burong, Tanjong Karang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Suasana pembelajaran sebuah tadika di Kampung Sungai Burong, Tanjong Karang di sini, gempar apabila pagar premis itu dilanggar kereta yang terbabas dan terbalik, hari ini.

Kemalangan pukul 8.30 pagi itu mengakibatkan dua mangsa iaitu lelaki dan wanita berusia 19 serta 36 tahun cedera akibat tersepit dalam Proton Iswara tersebut.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, terdapat kira-kira 15 murid sedang belajar di tadika berkenaan.

“Tidak lama kemudian, saya terdengar bunyi dentuman kuat dan segera keluar bagi mendapatkan kepastian.

“Saya kemudian melihat kereta dinaiki dua mangsa itu sudah terbalik di pagar tersebut dan turut tersepit,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mangsa yang cedera akibat kemalangan itu.

Menurutnya, lelaki yang juga pemandu kereta itu berjaya dikeluarkan orang awam manakala wanita diselamatkan bomba.

Tambahnya, kereta mangsa dipercayai sedang menuju ke sebuah kawasan berdekatan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik.

“Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa lain termasuk semua murid tadika tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, operasi menyelamat melibatkan empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang bersama jentera dengan panggilan kecemasan diterima pukul 8.36 pagi.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut. Operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 9.50 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI