fbpx

Cantik, bijak, Sophia AlBarakbah belajar bioteknologi, graduan dietetik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUKAN hanya cantik, Sophia AlBarakbah juga seorang yang bijak kerana merupakan graduan dietetik dan belajar dalam jurusan bioteknologi.

PETALING JAYA – Berdarah kacukan, kecantikan aktres sensasi Sophia AlBarakbah sememangnya tidak boleh dinafikan.

Dalam satu temu bual bersama Kosmo! sebelum ini, Sophia memaklumkan, dia dibesarkan dengan latar belakang bangsa dan budaya yang berbeza-beza.

“Ibu saya orang Cina, ayah pula Arab-Melayu. Datuk saya asal dari Yemen dan ibu bapa mereka datang dari Yemen dan Persia.

“Nenek saya orang Malaysia. Dari Kelantan,” katanya.

Tidak hanya menjual rupa paras jelita, Sophia juga seorang yang boleh dikatakan ‘beauty with brain’. Dia merupakan graduan Diploma Bioteknologi dari sebuah universiti swasta.

“Saya belajar bioteknologi dan selepas itu, saya belajar bidang dietetik. Diploma bioteknologi dan lepas itu, saya buat latihan amali selama tiga bulan untuk bidang itu.

“Kemudian, saya sedar yang saya suka belajar bidang itu (bioteknologi) tapi tak suka nak kerja dalam industri tersebut.

“Sebab kebanyakan masa saya habiskan masa dalam makmal. Agak membosankanlah dalam ‘lab’,” ujarnya.

Disebabkan itu ujar Sophia, 30, dia kemudian mengambil jurusan dietetik namun dalam hati punya impian bekerja sebagai veterinar kerana dirinya seorang yang sukakan haiwan.

“Sebenarnya nak jadi veterinar sebab saya suka haiwan. Tapi, ibu tak bagi.

“Dia tak suka haiwan sangat. Jadi, saya macam ‘okay fine’. Nak jadi doktor tapi ibu pun tak suka. Nanti tengok darah lah, orang mati lah.

“Saya pun macam ‘yelah okey’. Jadi, saya pun ambil jurusan dietetik sekurang-kurangnya bidang perubatan juga (sikit),” katanya.

Terdahulu sejak minggu ini, nama Sophia memanas selepas dia merupakan aktres yang dimaksudkan Bella Astillah sebagai pengacau rumah tangga penyanyi itu.

Isnin lalu, Bella mendedahkan heroin sebuah drama mengakui menyukai suaminya, Aliff Aziz selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI