fbpx

Belanja RM2 untuk sarapan pagi di Pak Mat Western Cafe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Promosi nasi lemak serendah 90 sen yagg ditawarkan oleh Restoran Pak Mat Western Cafe cawangan Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR – Pak Mat Western Cafe cawangan Pulau Pinang mengambil inisiatif tersendiri menyahut seruan kerajaan untuk menawarkan harga makanan pada harga rendah bagi mengurangkan beban kewangan masyarakat, dengan menjual nasi lemak pada harga serendah 90 sen sahaja.

Pelancaran Menu Rahmah yang dilaksanakan oleh syarikat Pak Mat Western Sdn. Bhd. (PMW) yang popular di media sosial berkonsepkan citarasa hotel, harga warung itu bertujuan untuk membolehkan golongan kurang berkemampuan dapat membeli makanan restoran pada harga rendah.

Ketua Pegawai Strategi Kumpulan PMW, Nurina Izz Zayani berkata, dengan tawaran harga 90 sen itu, pengunjung boleh menikmati nasi lemak yang lengkap dengan bahagian nasi yang banyak, separuh biji telur rebus, ikan bilis dan sambal.

“Sejak dua bulan lalu kami melancarkan promosi nasi lemak serendah 90 sen dan ada yang menganggap ia hanya gimik promosi sahaja.

“Tak kurang juga menuduh kami menipu kerana menawarkan harga tak masuk akal untuk menu berkenaan.

“Ada yang anggap, harga serendah itu tidak sepadan dengan hidangan nasi lemak kami sediakan. Namun semua itu bukan omong kosong, kerana sambutan yang  diterima kini sangat menggalakkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Nurina Izz berkata, pelanggan yang berkunjung ke restoran adalah daripada pelbagai kaum kerana nasi lemak sememangnya digemari oleh semua bangsa termasuk pelancong luar negara.

“Ini antara usaha dan ihsan kami meraikan semua lapisan masyarakat untuk sama-sama menikmati rezeki menerusi nasi lemak. Ia juga lebih kepada cara kami bersedekah dengan berkongsi rezeki menerusi tawaran harga semurah ini.

“Lagipun kelompok masyarakat yang datang ke premis makanan kami berbeza latar belakang termasuk pelajar,” katanya.

Tambah beliau, pengunjung yang membawa wang tunai sebanyak RM2 ke restoran itu akan dapat menikmati sarapan pagi dengan sempurna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI