fbpx

Beberapa laluan di sekitar Kuala Lumpur ditutup sempena Thaipusam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa jalan disekitar Kuala Lumpur akan ditutup dan dilencongkan bagi pergerakan membawa pedati sempena sambutan Thaipusam, Ahad ini.

Penutupan dan lencongan bermula esok hingga 6 Februari itu bagi memberi laluan pergerakan membawa pedati (Chariot) dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur menuju ke Kuil Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, penutupan pada 4 Februari (Sabtu) dan 6 Februari (Isnin depan) melibatkan Jalan Sultan Azlan Shah.

“Pada 4 Februari melibatkan kedua-dua arah daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul ke persimpangan lampu isyarat Jalan Perhentian pada pukul 4 pagi hingga 10 pagi.

“Pada 6 Februari pula melibatkan Jalan Sultan Azlan Shah (kedua-dua arah) dari lampu isyarat Jalan Perhentian ke persimpangan lampu isyarat IPD Sentul pada pukul 6 petang hingga 12 tengah malam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya memaklumkan, beberapa jalan dibawah pentadbirannya juga akan ditutup dan dilencong bermula esok hingga Sabtu bermula pukul 10 malam hingga 4 pagi.

“Ia melibatkan Jalan Tun H.S Lee – Jalan Sultan – Jalan Tun Tan Cheng Lock – Jalan Tun Perak/Pudu – Jalan Leboh Ampang – Jalan Ampang – Jalan Munshi Abdullah – Jalan Dang Wangi – Jalan Raja Laut – Jalan Sri Amar – Jalan Sultan Azlan Shah – Jalan Tun Razak.

“Pada 6 Februari pula bermula pukul 8 malam hingga 7 Februari (Selasa) pukul 3 pagi melibatkan Jalan Tun Razak – Jalan Sultan Azlan Shah – Jalan Sri Amar – Jalan Raja Laut – Jalan Dang Wangi – Jalan Munshi Abdullah – Jalan Ampang – Jalan Leboh Ampang – Jalan Tun Perak/Pudu – Jalan Tun Tan Cheng Lock – Jalan Sultan – Jalan Tun H.S Lee,” ujarnya.

Pihak polis meminta pengguna jalan raya agar merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalulintas semasa penutupan jalan dan lencongan jalan dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI