fbpx

Auckland diramal dilanda hujan berterusan, banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebatang jalan digenangi air banjir ketika hujan lebat melanda Auckland, 27 Januari lalu. - Getty Images

AUCKLAND – Hujan lebat berterusan di Auckland, New Zealand mendatangkan malapetaka kepada bandar raya itu sehingga menumbangkan pokok-pokok, menenggelamkan rumah-rumah dan menutup jalan-jalan utama, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Pemerhati cuaca berkata, taburan hujan melebihi sebulan yang turun dalam masa 24 jam telah menjejaskan jalan raya dan landasan kereta api ketika bandar raya itu dilanda banjir yang mengorbankan penduduk pada minggu lalu.

Empat orang terbunuh manakala beribu-ribu rumah rosak akibat hujan lebat yang berlaku pada Jumaat lepas.

Penduduk di kawasan yang terdedah dengan banjir telah diberitahu agar bersiap sedia untuk berpindah jika keadaan menjadi semakin bahaya.

Datuk Bandar Auckland, Wayne Brown berkata, hujan lebat yang diramal berlaku selepas ini adalah lebih berbahaya berbanding pada Jumaat lalu disebabkan masalah sistem pengurusan air hujan di bandar raya tersebut.

Lebuh raya sekali lagi dinaiki air dan beberapa pemandu terkandas di jalan raya sehingga terpaksa meninggalkan kenderaan mereka.

Perkhidmatan Meteorologi New Zealand berkata, walaupun keadaan kini telah tenang, ribut petir dan hujan lebat dijangka terus berlaku di tempat-tempat lain sehingga lewat petang semalam.

Keadaan di Coromandel dan Bay of Plenty iaitu lokasi amaran merah disebabkan hujan lebat ketika ini mencetuskan kebimbangan utama.

Pada minggu lalu, sekolah-sekolah di Auckland menutup sesi pembelajaran sehingga 7 Februari ini berikutan ramalan bahawa cuaca buruk akan berlaku dan disebabkan kerja-kerja membaiki infrastruktur penting. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI