fbpx

7 jalan ditutup sekitar Batu Caves sempena Thaipusam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Polis Gombak menjangkakan seramai dua juta pengunjung akan ke kuil Batu Caves sempena sambutan Thaipusam, Ahad ini.

Sehubungan itu, tujuh jalan akan ditutup mengikut keadaan semasa bermula daripada Jumaat hingga Rabu minggu hadapan atas faktor keselamatan awam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, seramai 1,888 pegawai dan anggota polis dari pelbagai jabatan di seluruh kontinjen Selangor akan bertugas dalam Op Palu di 45 stesen di lima zon di sekitar Batu Caves selain dibantu 11 agensi lain.

“Antara laluan yang ditutup lampu isyarat Kampung Melayu Batu Caves, susur dari Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Kuil Batu Caves, Jalan Batu Caves Lama ke Pintu Utama Kuil Batu Caves.

“Turut sama, simpang tiga lampu isyarat hadapan stesen minyak Shell Batu Caves, Jalan Lama Batu Caves, susur MRR2 dari Sri Gombak menghala susur jalan perusahaan Batu Caves, dan Jalan Perusahaan menghala ke Batu Caves,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Polis di Kuil Batu Caves, di sini, hari ini.

Menurut Zainal, laluan alternatif yang dicadangkan oleh pihaknya akan dikemas kini melalui platform media sosial Facebook Polis Daerah Gombak.

Justeru, pengguna jalan raya dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif dan juga pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Adalah ditegaskan untuk tidak meletakkan kenderaan di parkir haram, tempat yang tidak dibenarkan sesuka hati dan digalakkan menggunakan kunci tambahan terutamanya pada motosikal.

“Mereka yang berkunjung juga dinasihat memastikan kenderaan dalam keadaan berkunci, memberikan keutamaan kepada warga emas, berhati-hati dengan penyeluk saku serta patuh arahan anggota polis yang bertugas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI