fbpx

100 bangsa Flores, Indonesia duduki penempatan haram di Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah penempatan haram diduduki PATI bangsa Flores, Indonesia di Nilai Spring, Nilai. - Foto NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Sebuah penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) di Nilai Spring, Nilai di sini yang diserbu Jabatan Imigresen semalam dipercayai dihuni warga Indonesia bangsa Flores iaitu sebuah pulau di provinsi Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, penempatan haram itu dikelilingi hutan tebal dan berpaya berkeluasan 29,000 meter persegi iaitu bersamaan dua padang bola sepak.

“Berdasarkan risikan, orang yang menghuni penempatan haram itu adalah bangsa Flores dari Indonesia, namun belum dapat dipastikan sudah berapa lama kawasan itu diduduki.

“Terdapat 30 struktur rumah kayu yang dibina dalam penempatan haram itu merangkumi tempat kediaman dan stor kecil yang menempatkan alat generator,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas Kennith, selain kemudahan sekolah kawasan itu turut dilengkapi dengan kedai runcit dan kawasan itu dipercayai dikawal penjaga selain terdapat anjing berkeliaran.

Menurut Kennith, ketika operasi dijalankan anggota penguat kuasa perlu berjalan kaki dengan berpecah kepada dua pasukan iaitu yang masuk melalui bahagian depan dan belakang penempatan supaya pergerakan tidak dapat dikesan.

“Selain itu, berdasarkan keluasan kawasan penempatan haram itu, kemungkinan ia diduduki antara 80 hingga 100 penduduk,” katanya.

Tinjauan mendapati, kawasan pintu masuk penempatan haram itu merupakan tapak pembinaan dan perlu melalui jalan tanah merah untuk masuk ke dalam selain dikelilingi pokok kelapa sawit dan berhutan.

Semalam Kosmo! melaporkan, sebuah penempatan haram PATI yang terletak sejauh 1.2 kilometer di dalam hutan dan mempunyai kemudahan sekolah mengikut sukatan pendidikan negara jiran diserbu dalam operasi penguatkuasaan bersepadu di Nilai Spring, Nilai di sini awal pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI