fbpx

Surat ‘kisah pahit’ perceraian Puteri Diana bakal dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Puteri Diana mengirim surat kepada pasangan Kassem pada 1995 dan 1996. - Tim Graham Photo Library via Getty Images

LONDON – Beberapa pucuk surat yang ditulis oleh mendiang Puteri Diana mengenai perceraiannya akan dijual untuk tujuan amal, lapor akhbar Mirror UK.

Rakan karib mendiang, Susie dan Tarek Kassem akan menjual 32 keping surat dan kad yang dikirim oleh Puteri Diana kepada mereka pada 1995 dan 1996 semasa berpisah dengan Raja Charles.

Dalam sepucuk surat yang ditulis pada 28 April 1996, Diana memohon maaf kerana membatalkan perjalanannya bersama dua rakannya itu ke pertunjukan opera.

“Saya mengalami masa yang sukar. Saya terduduk dan hanya inginkan perceraian ini berlalu,” tulis mendiang.

Pada 20 Mei 1996 pula, Diana memberitahu kedua-dua rakannya itu bahawa panggilan telefon di Istana Kensington telah diintip.

Dalam surat lain, Diana berterima kasih kepada keluarga Kassem kerana membenarkannya menghabiskan cuti Krismas pada 1995 bersama mereka ketika anak lelakinya, William dan Harry berada bersama bapa mereka dan keluarga diraja di Sandringham.

Pasangan itu berkata, memiliki dokumen tersebut adalah ‘tanggungjawab yang enggan diwariskan kepada anak-anak mereka’ dan memutuskan untuk menjualnya dalam acara lelongan dengan anggaran kutipan mencecah £90,000 (RM473,024).

Mereka telah menyimpan surat kiriman Puteri Diana dan akan menjualnya di firma lelongan, Lay’s Auctioneers di Penzance, Cornwall.

Hasil daripada jualan pada 16 Februari depan akan disalurkan kepada badan amal yang dibantu oleh Puteri Diana. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI