fbpx

Mahkamah: Pemuda berdepan hukuman gantung, didakwa bunuh Nek Misah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Jasin, Melaka, hari ini. FOTO SYAFEEQ AHMAD

JASIN – Seorang pemuda berdepan hukuman gantung selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang warga emas berusia 91 tahun di Kampung Pulai Darat di sini, bulan lalu.

Tertuduh, D. Peter, 20, hanya mengangguk faham dan tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh Misah Md. Amin, 91, kira-kira pukul 1.30 pagi di sebuah rumah di Kampung Pulau Darat Merlimau, dalam daerah Jasin, pada 20 Januari 2023.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Yusof, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah kemudian menetapkan tarikh 8 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

Kosmo! pada 20 Januari lalu melaporkan seorang warga emas berusia 91 tahun ditemui maut dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kilometer 16 Kampung Pulai Darat, Merlimau, di sini, awal pagi tadi.

Hasil risikan pihak polis serta maklumat daripada orang awam, seorang suspek berjaya diberkas di kawasan sama pada pukul 8 pagi, hari sama selain mempunyai tiga rekod lampau termasuk kes samun di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI