fbpx

Komet zaman purba lintasi Malaysia esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komet C/2022 E3 (ZTF). - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Selepas 50,000 tahun pernah melintasi negara ini, kini komet C/2022 E3 (ZTF) akan muncul sekali lagi di mana ia akan melintasi ruang udara Malaysia pada malam esok.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Malaysia (Mysa), kejadian nadir itu dijangka berlaku kira-kira pukul 10 malam.

“Komet itu sebenarnya sudah dapat dilihat di langit sebelah timur laut seluruh Malaysia sebelum subuh sejak bulan lalu tetapi hanya dari jarak jauh sehingga bulan depan.

“Komet C/2022 E3 (ZTF) sebenarnya pernah datang menghampiri bumi yang mana kali terakhir ketika zaman Paleolitik dahulu,” katanya hari ini.

Tangkap layar laman sosial Mysa menunjukkan rajah simulasi kemunculan komet C/2022 E3 (ZTF) selepas kali terakhir dikesan lebih 50,000 tahun dahulu.

Jasad cakerawala terdiri daripada gumpalan batu, ais, debu dan campuran gas itu telah ditemui oleh saintis astronomi di California, Amerika Syarikat (AS) pada 2 Mac tahun lepas.

Pada masa tersebut, mereka mendapati komet itu berada pada jarak 4.3 unit astronomi (AU) atau bersamaan 643 juta kilometer sedang berlegar dalam orbit planet Musytari.

Makmal kajian Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan AS (NASA) mendapati bahawa komet ini memiliki tempoh orbit yang mengelilingi bumi setiap 50,000 tahun sekali.

Mengulas lanjut, Mysa berkata, komet berkenaan sudah dikesan menghampiri matahari pada 12 Januari lalu dengan jarak hanya 1.11 AU atau 166 juta kilometer sebelum menuju bumi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI