fbpx

Kamya Fest sasar 50,000 pengunjung, cabutan bertuah utama kereta Proton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erna (dua dari kanan) bersama Shuib pada Majlis Pelancaran Kamya Fest yang akan berlangsung pada 10 hingga 12 Feb ini.

KUALA LUMPUR – Festival Kamya atau ‘Kamya Fest’ yang akan berlangsung pada 10 hingga 12 Februari di Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil menyasarkan kira-kira 50,000 pengunjung.

Penganjur yang juga Pengasas Kamya, Erna Elliyana Rosli berkata, sasaran itu yakin dapat dicapai apabila lebih 254 peniaga atau vendor telah mengesahkan penyertaan mereka pada festival yang julung kali diadakan itu.

Menariknya kata Erna, barisan artis dan selebriti juga turut terlibat dalam festival selama tiga hari itu dengan membawa pelbagai produk jualan mereka di gerai yang telah disediakan.

“Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan ramai lagi.

“Selain itu, pengunjung turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton Saga, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50 inci, telefon bimbit Honor dan pelbagai hadiah lain,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Mengulas lanjut, Erna berkata, penganjuran festival itu juga turut mendapat kerjasama daripada Shuib Sepahtu yang juga antara rakan penaja dan beliau turut akan membuka gerai BubbleBee pada festival berkenaan.

“Kita turut mengenakan sedikit bayaran tiket iaitu RM10 kepada pengunjung yang berusia 12 tahun ke atas, manakala kanak-kanak adalah percuma.

“Bagaimanapun, kita akan memberi baucer atas setiap pembelian tiket tersebut dan mereka turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah setiap hari di ‘booth’ Kamya Glow dan juga berpeluang memenangi kereta untuk cabutan bertuah utama,” ujarnya.

Tambah Erna, Kamya Fest turut akan dihangatkan dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle serta keunikan taman tema Farm in The City yang dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI