fbpx

Bella Astillah dedah perbualan WhatsApp dengan Sophia AlBarakbah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA ASTILLAH mendedahkan sebahagian perbualannya bersama pelakon Sophia AlBarakbah.

PETALING JAYA – Berang difitnah mereka-reka cerita tentang kemelut rumah tangga, aktres Bella Astillah nekad berkongsi tangkap layar dipercayai perbualan Whatsapp bersama pelakon wanita yang didakwa menganggu suaminya, Aliff Aziz iaitu Sophia AlBarakbah.

Bella atau nama penuhnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 29, berkata, pendedahan tersebut dilakukan selepas terdapat pihak yang mendakwa dia memfitnah Sophia mengganggu suaminya.

“Kenapa lari dan tidak datang sidang akhbar tadi? Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak,” katanya dalam entri Instagramnya hari ini.

Tambah peserta program Famili Duo itu, dia merupakan individu yang paling takut sekiranya berkongsi perkara tidak benar kepada umum.

Lebih memanaskan keadaan, dia berkata, perkongsian tersebut hanyalah 10 peratus daripada keseluruhan bukti perbualannya dengan bintang filem Miimaland berkenaan.

“Sayalah orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul.

“Kenapa saya berani beri kenyataan sebab sahih. Saya tiada perancangan hendak beri sebarang komen lagi tetapi apabila lihat Sophia juga beri kenyataan konon tak mahu libatkan satu Malaysia.

“Tetapi inilah sebabnya dia tak mahu libatkan satu Malaysia. Ini baru 10 peratus,” katanya lagi.

Antara perbualan mereka yang dikongsi Bella ialah Sophia memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan dia mengganggu Aliff.

Sophia juga memohon Bella tidak mendedahkan perkara tersebut kepada umum kerana khuatir menjejaskan kesihatan bapanya yang menghidap penyakit jantung.

Hari ini, Aliff, 32, mendedahkan aktres yang didedahkan oleh isterinya ialah Sophia yang merupakan heroin bagi drama lakonan mereka iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Namun, Sophia bagaimanapun tidak muncul pada sidang akhbar hari ini dengan alasan terikat dengan urusan kerja iaitu penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Pada Isnin lalu, Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah mendedahkan heroin sebuah drama mengakui menyukai Aliff selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah.

Tanpa mendedahkan nama, Bella bagaimanapun menasihatkan aktres tersebut menjaga maruah diri sebagai seorang wanita dan berhenti mengganggu lelaki berstatus suami orang.

Kontroversi sebegini bukan pertama kali melanda pasangan suami isteri itu kerana sebelum ini Aliff pernah terkait dengan isu curang bersama beberapa aktres wanita.

Bella juga pernah memfailkan perceraian pada Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah.

Sekadar info, mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI