fbpx

Banjir: 1,381 mangsa masih berteduh di 17 PPS seluruh Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG kanak-kanak bermain air banjir yang melanda Kampung Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.

JOHOR BAHRU – Situasi banjir di negeri ini terus menunjukkan perkembangan positif apabila kini tinggal 1,381 mangsa yang masih ditempatkan di sejumlah 17 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, jumlah mangsa itu terdiri daripada 379 buah keluarga.

Bagaimanapun katanya, jumlah mangsa itu tidak berubah berbanding pukul 8 malam, semalam dimana turut merekodkan jumlah mangsa yang sama.

“Batu Pahat kekal daerah terjejas paling teruk dengan seramai 919 mangsa daripada 254 buah keluarga yang ditempatkan di tujuh buah PPS dibuka di daerah berkenaan, manakala di Kota Tinggi terdapat seramai 223 orang daripada 59 keluarga di empat PPS, serta 147 orang daripada 38 keluarga di tiga PPS di daerah Mersing.

“Sementara itu di Segamat, mangsa banjir yang tinggal hanya 90 orang daripada 27 keluarga di tiga PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azmi turut memberitahu, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan di Mersing, Jalan Tanah Abang dan selekoh pertama Tanah Abang masih ditutup disebabkan air naik setinggi 1.0 meter (m).

“Manakala di Kulai, Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau masih ditutup untuk semua kenderaan disebabkan tanah runtuh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI