fbpx

‘Aliff bukan malaikat, dia berniat nak berubah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA mempertahankan Aliff dengan berkata, suaminya mahu berubah daripada perangai lama sehingga pernah memintanya datang ke set penggambaran dia bekerja.

PETALING JAYA – Teguh berdiri sekali lagi mempertahankan rumah tangga dengan suami tersayang, pelakon Bella Astillah yakin Aliff Aziz ingin berubah daripada ‘penyakit’ lama.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah menjawab kenyataan sebilangan netizen yang menuduh, kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi susulan diganggu pelakon Sophia AlBarakbah.

“Sebab Aliff risaulah dia suruh saya datang set penggambaran (drama rantaian Ku Akad Kau Dengan Bismillah).

“Aliff manusia bukan malaikat. Dia ada niat nak berubah,” jelasnya menerusi satu balasan dalam ruangan komen hantaran status terbaharu Instagram.

Terdahulu, Bella, 29, mendedahkan menerusi platform media sosial tersebut perbualan antaranya dengan wanita yang mengurat Aliff iaitu pelakon, Sophia AlBarakbah.

Peserta program nyanyian, Famili Duo itu berkata, pendedahan tersebut terpaksa dilakukan selepas terdapat pihak yang mendakwa dia memfitnah Sophia mengganggu suaminya.

“Kenapa lari dan tidak datang sidang akhbar tadi? Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak,” katanya.

Hari ini, Aliff, 32, mengesahkan aktres yang dimaksudkan isterinya sememangnya Sophia yang merupakan heroin bagi drama lakonan mereka iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Namun, Sophia bagaimanapun tidak muncul pada sidang akhbar hari ini dengan alasan terikat dengan urusan kerja iaitu penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Isnin lalu, Bella mendedahkan heroin sebuah drama mengakui menyukai Aliff selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI