fbpx

Tubuh satu rejimen APM di 222 parlimen seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID (tiga dari kiri) menyerahkan kunci bot sebagai simbolik kepada Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus (kiri) sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di PPS Dewan Orang Ramai Sri Medan, Batu Pahat hari ini.- Foto RAJA JAAFAR ALI

BATU PAHAT – Kerajaan mengarahkan Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menubuhkan pasukan APM dengan kekuatan satu rejimen bagi setiap parlimen seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamizi berkata, pasukan itu diwujudkan bagi memberi bantuan melibatkan banjir, kebakaran serta kemalangan selain beberapa keperluan lain di 222 parlimen.

“Saya telah meminta Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menubuhkan pasukan pertahanan awam dengan jumlah satu rejimen bagi tiap-tiap parlimen.

“(Mereka akan diberi) latihan, pakaian seragam dan juga latihan setempat jika berlaku banjir atau kebakaran atau kemalangan dan beberapa keperluan yang lain dan dikoordinasikan di seluruh 222 parlimen seluruh negara, ini dilakukan tahun ini,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat mangsa-mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Sri Medan, di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah meninjau keadaan banjir di Kampung Sri Medan di sini.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak lapan buah sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir akan dibina dewan sekolah sebagai PPS tetap.

Jelasnya, lapan dewan itu akan melibatkan sekolah di negeri Johor dua daerah iaitu di Mersing dan Batu Pahat.

“PPS menggunakan banyak sekolah dan sekolah itu merupakan berada di kawasan lebih tinggi daripada banjir maka mana-mana sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara maka ‘smartpartnership’ antara Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara).

“Lapan sekolah dahulu di Mersing dan Batu Pahat untuk membina dewan-dewan sekolah yang akan dijadikan PPS tetap bagi sekolah itu, diluar musim banjir dewan-dewan itu boleh digunakan pihak sekolah terutamanya untuk aktiviti sekolah,”katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, beberapa cadangan penyelesaian untuk menangani dan mendepani masalah banjir dilakukan di Batu Pahat dengan peruntukan RM2 juga.

Ujar beliau, antaranya ialah melakukan penyelenggaraan bagi mendalamkan atau mengorek parit-parit di kawasan terjejas agar dapat mengalirkan limpahan air dan banjir termenung.

Selain itu katanya, sebanyak RM5 peruntukan daripada Nadma disalurkan kepada agensi pelaksana iaitu Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) untuk membeli pam air berkuasa tinggi bagi mengatasi masalah banjir termenung di negeri ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI