fbpx

Tekanan di dada punca lelaki kurang siuman maut di Masjid Pulau Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang lelaki maut selepas mengamuk di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu kelmarin. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Kematian seorang lelaki kurang siuman selepas mengamuk dan bergelut dengan pengawal keselamatan di Masjid Pulau Melaka di sini kelmarin berpunca daripada tekanan pada bahagian dada mangsa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini mendapati, tekanan pada bahagian tersebut mengakibatkan pendarahan pada bahagian paru-parunya.

“Selain itu, terdapat kesan calar akibat lebam dan luka pada beberapa bahagian tubuh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Kosmo! hari ini melaporkan, lelaki kurang siuman yang maut selepas bergelut dengan pengawal keselamatan di Masjid Pulau Melaka di sini kelmarin, berkali-kali melaungkan bahawa dia merupakan dajal yang dihantar Tuhan.

Bukan itu sahaja, dia turut menepuk dadanya berkali-kali sebelum menyerang seorang wanita yang berada di kawasan itu pada pukul 6.30 petang.

Muhamad Zaki dalam satu kenyataan semalam berkata, pengawal keselamatan yang bertugas di masjid itu datang untuk menahan lelaki tersebut sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

“Semasa pergelutan, beberapa pelajar Maahad Tahfiz Tok Guru telah membantu pengawal keselamatan itu. Selepas berjaya menahan mangsa, pelajar tahfiz itu telah melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

“Semasa anggota polis tiba di lokasi kejadian, mangsa berada dalam keadaan terbaring dan sudah meninggal dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI