fbpx

Op Limau: 904 individu disyaki terlibat judi haram ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara hasil serbuan yang dijalankan PDRM menerusi Op Limau di seluruh negara, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 904 individu disyaki terlibat dengan judi haram ditahan di seluruh negara menerusi Op Limau yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang 15 hingga 29 Januari lalu.

Operasi yang dijalankan itu melibatkan serbuan ke atas 137 premis dan turut membawa kepada rampasan wang tunai sebanyak RM513,793.20.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, siasatan dijalankan terbahagi kepada dua iaitu di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1952 (judi dalam bangunan) dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (judi luar bangunan).

Katanya, berdasarkan statistik dalam serbuan yang dijalankan sepanjang 15 hari itu, kesalahan judi dalam bangunan melibatkan 86 serbuan di seluruh negara serta tangkapan 650 individu dan rampasan sebanyak RM440,647

“Sementara itu, statistik bagi judi di luar bangunan pula, 51 serbuan dijalankan membawa kepada tangkapan seramai 254 individu dan rampasan sebanyak RM73,146.20,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, operasi yang dijalankan di seluruh negara itu adalah bertujuan membanteras aktiviti perjudian dalam bangunan dan tempat terbuka sempena Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tindakan akan terus diambil kepada individu yang menganjurkan dan menjalankan pertaruhan, berlandaskan undang-undang sedia ada dalam menangani aktiviti perjudian.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan perjudian boleh menyalurkan maklumat tersebut melalui Hotline Whatsapp Op Limau di talian 016-5773477,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI