fbpx

Masjid Pakistan dibom, lebih 60 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA penyelamat mengusung keluar mayat mangsa letupan sebuah masjid di ibu pejabat polis Peshawar semalam. – AFP

ISLAMABAD, Pakistan – Lebih 60 orang, kebanyakan mereka anggota polis, terbunuh dalam letupan di masjid yang terletak di sebuah ibu pejabat polis Pakistan kelmarin, dalam serangan  yang mendorong kerajaan meletakkan negara dalam situasi waspada. 

Serangan berlaku semasa solat zohor di ibu negeri wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Peshawar dekat sempadan Afghanistan di mana aktiviti militan makin meningkat.

Misi menyelamat berlangsung sepanjang malam di masjid berkenaan yang menyaksikan seluruh dinding dan sebahagian bumbungnya musnah dalam letupan berkemungkinan berpunca daripada serangan bunuh diri.

“Ramai anggota polis tertimbus di bawah runtuhan. Usaha sedang dilakukan untuk membawa mereka keluar dengan selamat,” kata ketua polis Peshawar, Muhammad Ijaz Khan yang menganggarkan antara 300 hingga 400 anggota biasanya solat berjemaah di masjid itu. — AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI