fbpx

MAIPs terima Anugerah Presiden MIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin melihat trofi Anugerah Presiden MIP sebelum Persidangan MAIPs di Kuala Lumpur pada semalam.

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menjadi majlis agama pertama dalam negara yang menerima Anugerah Presiden daripada Institut Perancang Bandar (MIP), baru-baru ini.

Anugerah itu diterima menerusi inisiatif Projek Diraja Program Transformasi Kampung Warna-warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

MAIPs dalam kenyataan berkata, projek tersebut diiktiraf sebagai projek tranformasi berimpak tinggi bagi membantu komuniti.

“Usaha murni itu dijalankan oleh MAIPs, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar serta pelbagai agensi negeri, Persekutuan, individu perseorangan dan masyarakat setempat.

“Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor hadir menerima anugerah itu dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini,” katanya.

Penyerahan trofi dan sijil anugerah itu dipersembahkan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs dan Pengerusi YTSP sebelum Persidangan MAIPs 2023 pada semalam.

Sementara itu, Mohd. Nazim berkata, pengiktirafan itu amat bermakna bagi MAIPs dan projek tersebut adalah inisiatif Raja Muda Perlis dan puteri sulung baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail yang sentiasa komited memastikan projek itu berjaya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang telah berganding bahu bersama MAIPs dan YTSP secara langsung atau tidak langsung khususnya kepada penaja serta masyarakat setempat dan berharap sokongan padu itu berterusan pada masa hadapan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI