fbpx

Amaran hujan lebat di empat negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di empat negeri hingga 9 malam ini.

Menerusi satu kenyataan di laman laman sesawangnya MetMalaysia memaklumkan, ia dijangka berlaku dibeberapa daerah melibatkan negeri Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah.

“Di Perak melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang) dan Selangor di daerah Klang.

“Di Sarawak dijangkq berlaku di satu daerah iaitu Limbang manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI