fbpx

Pemilik kedai runcit cedera diserang lelaki Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Gara-gara tidak puas hati ditegur menendang kon, seorang lelaki warga Myanmar yang berusia 32 tahun ditahan kerana mencederakan pemilik kedai runcit kawasan Tasek Tambahan, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pemilik kedai runcit berkenaan telah mengikuti suspek yang pernah menendang kon di hadapan kedai mangsa sebelum ini.

Katanya, dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu, suspek memberitahu mangsa bahawa ada individu yang menyuruhnya berbuat demikian.

“Suspek kemudiannya mengeluarkan satu senjata tajam seolah-olah seperti pisau dan telah melibas ke arah muka mangsa sebanyak satu kali.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami sedikit kecederaan pada bahagian bibir dan telah menerima rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Farouk, pihak polis berjaya menangkap suspek yang juga seorang penganggur di Jalan Permai 19 Taman Tasek Permai hari ini sekitar pukul 11.15 pagi.

Dalam pada itu, pihaknya turut merampas sebilah besi yang telah diubahsuai dipercayai digunakan suspek sewaktu kejadian.

“Siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana mangsa telah menegurnya menendang kon di hadapan pintu pagar kedai tersebut.

“Bagaimanapun, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah manakala ujian air kencing adalah negatif,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang esok bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah manakala kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun keseksaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI