fbpx

Media sosial Sophia AlBarakbah diserang netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETIZEN menyerang akaun media sosial Sophia AlBarakbah selepas dipercayai menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Bella dan Aliff.

PETALING JAYA – Akaun Instagram dan TikTok aktres meningkat naik, Sophia AlBarakbah tiba-tiba dibanjiri komen netizen yang mengecamnya terpalit dalam rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Perkara tersebut tercetus selepas Bella mendedahkan seorang aktres yang bergandingan dengan suaminya dalam sebuah drama mengakui menyukai Aliff secara terbuka kepadanya.

Hasil tinjauan Kosmo! Online, rata-rata netizen meninggalkan komen dengan menasihatkan Sophia tidak meneruskan niat untuk menjadi pemusnah rumah tangga orang lain.

“Pesan saya, awak baru hendak naik dalam industri dan ramai lagi lelaki yang menunggu di luar sana.

“Bergelar pelakon sahajalah,” komen netizen.

Pelakon berusia 30 tahun itu bagaimanapun tidak membalas mana-mana komen dan mengambil pendekatan berdiam diri.

Sementara itu, video promosi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonannya dengan Aliff yang dimuat naik dalam Instagram sebelum ini juga telah dipadam.

Usaha Kosmo! Online mendapatkan respons daripada bintang filem Miimaland itu tidak berhasil selepas mesej dan panggilan tidak dijawab.

Hari ini, Kosmo! melaporkan Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah mendedahkan heroin sebuah drama mengakui menyukai Aliff selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah.

Tanpa mendedahkan nama, Bella bagaimanapun menasihatkan aktres tersebut menjaga maruah diri sebagai seorang wanita dan berhenti mengganggu lelaki berstatus suami orang.

Sejak beberapa minggu lalu, Bella yang juga peserta program Famili Duo beberapa kali berkongsi mengenai wanita perampas dalam media sosial miliknya sekali gus memberi bayangan rumah tangga mereka diganggu pihak ketiga.

Kontroversi sebegini bukan pertama kali melanda pasangan suami isteri itu kerana sebelum ini Aliff pernah terkait dengan isu curang bersama beberapa aktres wanita.

Bella juga pernah memfailkan perceraian pada Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah.

Sekadar info, mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI